1) Nama Pelajar : MOHD SHAUQI BIN ISMAIL

Tajuk : Perlaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

Sesi Pengajian : 1998/1999

Abstrak : Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) merupakan satu kaedah yang diketengahkan bagi mengesan kemampuan pelajar dalam membudayakan amalan fardhu ain. Akan tetapi sejauh mana kaedah penilaian ini mampu mengukur hakikat sebenar pencapaian pelajar, terutamanya pelajar yang berada di sekolah menengah agama rakyat. Dalam hal ini, pendapat guru yang terlibat harus di ambil kira. Atas dasar itulah, maka kajian ini berhasrat untuk mengetahui samaada guru-guru yang terlibat dalam proses penilaian mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya. Begitu juga dengan kurikulum dan kaedah penilaian yang digunakan. Hasil kajian yang dirumuskan secara manual melalui pengiraan kekerapan, peratus dan min mendapati banyak ruang yang boleh diperbaiki dan dimurnikan lagi agar penilaian PAFA mampu bertindak sebagai kayu pengukur sebenar pencapaian amalan fardhu ain di kalangan pelajar. Diharapkan cadangan dan saranan yang diberi akan dapat membina satu alternatif baru supaya penilaian PAFA lebih bermakna dan berkualiti.

2) Nama Pelajar : MOHD YUSOF BIN MUDA

Tajuk : Penilaian Masyarakat Terhadap Khutbah Jumaat Masa Kini

Sesi Pengajian : 1998/1999

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian masyarakat terhadap khutbah Jumaat masa kini sebagai agen pendidikan. Terdapat empat bahagian yang akan dikemukakan. Bahagian A mengetahui latar belakang responden, Bahagian B untuk menilai fungsi khutbah Jumaat dari aspek pendidikan, Bahagian C adalah untuk mengenal pasti fungsi khutbah dari aspek isi dan Bahagian D adalah untuk mengenal pasti cara penyampaian khatib. Dalam kajian ini dua buah masjid yang terlibat ialah Masjid Kampung Bukit Berangan dan Masjid Wakaf Tembesu yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Kajian ini melibatkan 150 orang jemaah. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada mereka yang dipilih secara rawak. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil dapatan kajian ini beberapa cadangan diutarakan. Adalah diharapkan cadangan ini dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan khutbah Jumaat.

3) Nama Pelajar : MOHD NAZUIN BIN SALEHAN

Tajuk : Persepsi Pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab . Satu Kajian Di Sekolah Agama Seri Maimon , Parit Sulong Batu Pahat, Johor

Sesi Pengajian : 2001/2002

Abstrak : Persepsi seseorang terhadap sesuatu bahasa sangat bergantung kepada sikap, keadaan dan corak atau latarbelakang pendidikan yang diterima oleh individu itu sendiri. Adalah tidak munasabah penilaian dan pendirian individu tersebut dibuat tanpa didorong oleh sebab musabab dan hujah yang konkrit. Atas dasar dan inisiatif ini, penulis akan berusaha untuk mengkaji persepsi pelajar Darjah Khas, Sekolah Agama Kerajaan Johor terhadap matapelajaran bahasa Arab yang mereka pelajari sejak Darjah Satu sehinggalah Darjah Enam dan seterusnya membawa kepada Darjah Khas. Tujuan kajian bukan bermatlamat untuk menguji kemahiran dan pengetahuan semata-mata. Dapatan kajian kelak akan menampilkan kepelbagaian persepsi, faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi yang dibuat dan cadangan-cadangan yang diutarakan bagi membantu meningkatkan mutu pembelajaran mereka menurut situasi sistem pendidikan yang mereka terima. Sebagai sampel, penulis memilih pelajar Darjah Khas, Sekolah Agama Seri Maimon sebagai sasaran perolehan maklumat. Kajian yang dibuat adalah dalam bentuk deskriptif dan ditafsirkan secara kuantitif sebagaimana kajian-kajian sebelumnya.

4) Nama Pelajar: NURUL EFFENDY BIN OSMAN

Tajuk: Keterlibatan Pelajar 4 SPI Terhadap Aktiviti Riadah Di Kampus UTM

Sesi Pengajian: 2002/2003

Abstrak: Riadah merupakan suatu aktiviti yang berfaedah. Sewajarnya ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kesihatan pula adalah suatu nikmat yang terbesar yang dianugerahkan kepada kita. Melalui pengamalan aktiviti riadah, seseorang individu dapat menjamin kesihatannya dengan lebih baik. Sehubungan itu, pengkaji mengambil inisiatif dengan melihat apakah persepsi pelajar pelajar 4 SPI terhadap aktiviti riadah di kampus UTM. Kajian ini dilakukan ke atas 62 responden yang terdiri daripada pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Pengajian Islam, UTM. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan proses menganalisa dilakukan secara kuantitif dengan berpandukan set soal selidik yang telah diedarkan. Dapatan kajian dilaksanakan berbantu program SPSS 10.0. Hasil dapatan kajian menunjukan keterlibatan pelajar adalah positif terhadap aktiviti riadah dikampus UTM yang dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor tertentu.

5) Nama Pelajar : SANARIA BINTI MOHAMAD IDRIS

Tajuk: Kemahiran Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Arab: Kajian Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia.

Sesi Pengajian: 2001/2002

Abstrak: Membaca dan menulis merupakan antara kemahiran yang cukup penting dalam sesuatu bahasa. Adalah penting untuk mengetahui kemahiran membaca dan menulis kerana ia akan menentukan sama ada seseorang telah menguasai sesuatu bahasa ataupun tidak. Seseorang yang dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut secara tidak langsung akan mempunyai kemahiran bertutur dalam sesuatu bahasa terutamanya dalam Bahasa Arab. Diatas inisiatif inilah penyelidik cuba mengkaji kemahiran yang dimiliki oleh pelajar dalam membaca dan menulis dalam Bahasa Arab di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian yang dijalankan meliputi keseluruhan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Kajian adalah berbentuk deskriptif dan ditafsirkan secara kuantitif. Dapatan kajian menunjukan terdapat perbezaan tahap kemahiran membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perbezaan tahap kemahiran tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu seperti latar belakang pendidikan dahulu, kaedah pengajaran pensyarah dan faktor dalaman pelajar tersebut.

6) Nama Pelajar : HASLINDA BT HARON

Tajuk: Kemahiran Persepsi Pelajar Darjah Empat Terhadap Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran. Kajian Di Sekolah Agama Pasir Gudang 1, Johor Bharu.

Sesi Pengajian: 2005/2006

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar darjah empat terhadap mata pelajaran Tilawah Al-Quran di Sekolah Agama Pasir Gudang 1, Johor Bahru. Terdapat tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan mengenal pasti teknik pengajaran guru serta mengenal pasti peranan ibubapa terhadap mata pelajaran Al-Quran. Seramai 110 orang responden kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar darjah empat telah dipilih malalui kaedah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul diproses menggunakan perisian komputer ”Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)” dengan menggunakan peratusan dan kekerapan serta nilai min. Hasil kajian meninjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Al-Quran adalah sederhana. Ini bermakna pihak sekolah, guru-guru serta ibubapa perlu mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran di kalangan pelajar. Di samping itu, teknik pengajaran guru dan peranan ibubapa terhadap mata pelajaran Al-Quran berada pada tahap yang tinggi.

7) Nama Pelajar : NOORZAWANI BIN ZAINAL

Tajuk: Persepsi Pelajar Tahun Tiga (3) Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab Di Institut Agama Islam Negeri Kedah. (INSANIAH).

Sesi Pengajian : 2005/2006

Abstrak : Persepsi para pelajar terhadap sesuatu bahasa khususnya Bahasa Arab sangat bergantung kepada sikap, keadaan dan latar belakang pendidikan yang mereka terima. Semakin tinggi peringkat pengajian mereka, semakin pelbagai anggapan mereka terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Atas dasar dan inisiatif ini, pengkaji berusaha mengkaji persepsi pelajar tahun tiga Sarjana Muda Bahasa Arab ( Kuliyyah Bahasa Arab) terhadap pembelajaran Bahasa Arab di Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH). Pelajar-pelajar ini telah mengikuti kursus ini selama tiga tahun di institut tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek minat, pandangan serta pendapat mereka mengenai pembelajaran Bahasa Arab. Dapatan daripada kajian ini menampilkan kepelbagaian persepsi dan tahap-tahap penguasaan serta kebolehan berbahasa Arab di kalangan pelajar tahun tiga Kuliyyah Bahasa Arab INSANIAH. Kajian yang dibuat adalah berbentuk diskriptif dan ditafsirkan secara kuantitatif.

8) Nama Pelajar : FADHILAH BINTI MOHD ARIFF

Tajuk: Kefahaman Pelajar Tahun Empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) Tentang Perkembangan dan Pertumbuhan Minda Kanak-kanak.

Sesi Pengajian : 2006/2007

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar tentang perkembangan minda kanak-kanak. Ia dikhususkan untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar mengenai faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak. Seramai 60 orang pelajar tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) telah dipilih sebagai responden. Set soal selidik mengandungi 43 item telah diedarkan kepada responden. Data dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Social Science versi 11.5 For Windows. Hasil yang dianalisis kemudiannya dipaparkan dalam jadual min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.8591. Hasil analisis menunjukkan tahap kefahaman pelajar mengenai perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak dan juga kefahaman mengenai faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhinya berada pada tahap tinggi. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji untuk meningkatkan tahap kefahaman tentang perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak di kalangan pelajar.

9) Nama Pelajar : NOR HAZILAH BT GHAZALI

10)

Tajuk: Persepsi Pelajar Terhadap Amar Makruf Nahi Mungkar Dalam Kehidupan; Kajian Terhadap Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM.

Sesi Pengajian : 2006/2007

Abstrak : Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar terhadap amal makruf nahi mungkar serta cara-cara melaksanakannya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keperluan amal makruf nahi mungkar dalam kehidupan. Seramai 172 orang responden dari kalangan pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibangunkan mengandungi 43 item soalan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.9248. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 11.5 (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan peratusan dan min data. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar terhadap amal makruf nahi mungkar serta cara-cara melaksanakannya pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati persepsi pelajar terhadap keperluan amal makruf nahi mungkar dalam kehidupan berada pada tahap yang tinggi. Di akhir kajian, terdapat beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

10) Nama Pelajar : NOOR ROSMAZLINDA BT MAHMOOD

Tajuk: Stres Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan ; Satu Kajian di SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Sesi Pengajian : 2006/2007

Abstrak : Stres merupakan satu tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemampuan, sumber atau keperluan pekerja. Guru adalah antara individu yang tidak terlepas daripada masalah stres. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi di sekolah serta bebanan tugas yang terpaksa dipikul oleh guru menyebabkan timbulnya masalah stres ini. Oleh itu, masalah ini telah mendorong pengkaji membuat kajian tentang stres guru di sekolah yang telah dipilih iaitu di SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Seramai 60 orang daripada 110 orang guru telah dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Daripada analisis yang telah dibuat, masalah pelajar merupakan punca utama yang menyebabkan stres guru di sekolah tersebut dengan min 4.02, diikuti dengan bebanan kerja dengan min 3.28, hubungan interpersonal dengan 2.99 dan peraturan sekolah dengan min 2.90. Manakala tahap stres guru di sekolah tersebut juga masih di tahap sederhana menunjukkan guru masih boleh mengawal stres mereka. Walaupun begitu, sekiranya masalah ini dibiarkan tanpa dibendung dan ditangani dengan segera ianya pasti akan menjejaskan prestasi kerja, prestasi sekolah serta prestasi diri guru itu sendiri dan seterusnya ianya akan turut memberi kesan yang negatif dalam diri seseorang guru itu.

11) Nama Pelajar : RUSLEE BIN BEDOL

Tajuk: Faktor-Faktor Penyebab Masalah Ponteng Sekolah Dikalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan.Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Lktp Batu 27 Lenga 84040 Muar Johor.

Sesi Pengajian : 2006/2007

Abstrak : Dalam usaha mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan negara maju dari segi sains dan teknologi, negara Malaysia perlulah mempunyai generasi muda yang berilmu dan bebas dari masalah disiplin khususnya di sekolah. Masalah disiplin yang sering berlaku pada masa kini adalah masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Maka penyelidik membuat kajian di Sekolah Kebangsaan LKTP Batu 27 84040, Lenga, Muar Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah faktor sekolah mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Seramai 71 orang pelajar terlibat sebagai responden di dalam kajian ini. Kajian ini dibahagikan kepada empat persoalan iaitu faktor pengajaran guru, kemudahan sekolah, perlaksanaan disiplin dan kedudukan sekolah di mana penyelidik ingin mengetahui adakah faktor-faktor ini mempengaruhi responden untuk ponteng. Kajian dijalankan berbentuk deskriptif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data diproses dengan menggunakan SPSS dengan menghasilkan nilai peratus dan min. Hasil kajian ini menunjukkan faktor pengajaran guru mempunyai nilai min keseluruhan yang sederhana iaitu 3.01, diikuti oleh faktor kemudahan sekolah yang nilai minnya adalah rendah iaitu 2.78. Faktor perlaksanaan disiplin menghasilkan nilai min yang agak tinggi iaitu 3.25, manakala bagi faktor kedudukan sekolah nilai minnya adalah 3.11. Ini menunjukkan bahawa faktor sekolah dari segi pengajaran guru, perlaksanaan disiplin dan kedudukan sekolah mempengaruhi responden untuk terlibat dalam kes salah laku ponteng sekolah . Beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak guru dan pihak sekolah supaya masalah ponteng ini dapat diatasi sepenuhnya. `

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s