1) Nama pelajar: MASRINAH BINTI MASLIN

1.1) Nama penyelia : PROF. MADYA AMINUDDIN RUSKAM
1.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan
Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad)
1.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
1.4) Tempat              : Bilik Kuliah Hasbullah, Bangunan     S45.

2) Nama pelajar: SHARIFAH MUNIRAH BINTI TIMMIATI

2.1) Nama penyelia : DR.FARAHWAHIDA BINTI MOHD YUSOF
2.2) Tajuk PSM       : Lelaki Lembut: Factor Dan Kesannya Kepada Pembentukan
Sahsiah Mahasiswa IPTA.
2.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
2.4) Tempat              : Dewan Hamka

3) Nama pelajar: NURUL NADIA BINTI ABDUL WAHAB
3.1) Nama penyelia : PROF. MADYA DR. HUSIN BIN SALAMAN
3.2) Tajuk PSM       : Penglibatan Pelajar Sebagai Ejen Multi Level Marketing: Kajian
Terhadap Pelajar SPI
3.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
3.4) Tempat              : Bilik Kuliah Hasbullah, Bangunan S45.

Abstrak:
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar SPI sebagai ajen Multi Level Marketing. Sampel pelajar adalah seramai 40 orang yang di ambil daripada 180 orang populasi. Kajian ini dilakukan sacara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik bagi kajian ini menggunakan Skala Likert yang mengandungi 36 item. Data yang di perolehi di analisis menggunakan perisian ”Stactical Package For The Sosial Sciences” (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.665. Dapatan kajian menunkukkan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam perniagaan MLM berada pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.51, diikuti dengan cabaran-cabaran yang di hadapi oleh pelajar dengan nilai min 2.83 berada di tahap sederhana dan langkah-langkah untuk mengimbangi dunia pelajaran dengan perniagaan di tahap tinggi iaitu nilai min 3.92. kajian ini mencadangkan agar skop kajian di perluaskan kepada semua pelajar di Universiti Teknologi Malaysia sebagai responden kajian.

4) Nama pelajar: ABIDAH RAUDZAH BINTI OTHMAN
4.1) Nama penyelia : DR. SULAIMAN BIN KADIKON
4.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Universiti Malaysia Terhadap Program Kitar
Semula Menurut Perspektif Islam
4.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
4.4) Tempat              : Bilik Hamka

5) Nama pelajar: NORLIZA BT. ABDUL MANAF
5.1) Nama penyelia : USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM
5.2) Tajuk PSM       : Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam
(PASTI) Kawasan Bachuk.
5.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
5.4) Tempat              : Bilik Kuliah Khadijah

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Disamping itu, kajian ini juga mengkaji kaedah pengajaran utama yang digunakan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Penyelidikan ini telah melibatkan responden seramai 34 orang dan kesemua responden dari kalangan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Bachok. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal-selidik bagi mendapatkan data kajian dan pemprosesan data yang diperolehi adalah dengan menggunakan perisian Stactical Package For The Sosial Sciences  (SPSS) 12.0 for window. Dapatan min sebanyak 4.06 menunjukan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menggunakan kaedah mengajar yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah utama yang digunakan guru-guru PASTI adalah kaedah hafalan dengan catatan min sebanyak 4.16. Guru-guru PASTI juga mengetahui tentang kaedah pengajaran yang dikaji oleh penyelidik. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

6) Nama pelajar: SITI MAISARAH BINTI BAHRUN
6.1) Nama penyelia : DR. AZHAR BIN MUHAMMAD
6.2) Tajuk PSM       : Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Bagi Memenuhi Keperluan Modal Insan.
6.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
6.4) Tempat              : Bilik Kuliah Al-Faruqi

Abstrak: Pendidikan adalah satu wadah dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan melihat guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan yang meliputi keterampilan, keperbadian, keupayaan, minat untuk menambah ilmu pengatahuan dan kemahiran serta keupayaan mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 86 orang pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menjalani program latihan praktik telah dinilai melalui satu set soal selidik dan dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.884. Secara keseluruhannnyahasil analisis menunjukkan bahawa respondan mempunyai persedian yang tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan dengan tahap min sebanyak 4.28. Di samping itu, keupayaan dan minat mereka menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berada dalam tahap nilai min 4.35, manakala keterampilan, keperibadian serta keupayaan dalam pengaplisian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga berada pada tahap nilai min yang tinggi masing-masing mencatatkan 4.24. namun terdapat beberapa item yang perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi memperlengkapkan lagi persedian tersebut khususnya apabila mereka berkhidmat ke sekolah-sekolah nanti. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian.

7) Nama pelajar: ROSNAH BINTI YUNUS
7.1) Nama penyelia : PROF. MADYA AJMAIN BIN SAHAR
7.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Terhadap Kepimpinan Guru Pendidikan Islam.
Kajian Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Rompin, Kuala Rompin, Pahang.
7.3) Tarikh               : 5 APRIL 2007
7.4) Tempat              : Bilik Ibnu Khaldun

8) Nama pelajar: NOOR RAFZIDILLAH BINTI ABDULLAH
8.1) Nama penyelia : DR.FARAHWAHIDA BINTI MOHD YUSOF
8.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Tahap Dua Terhadap Penguasaan Pembacaan
Al-Quran Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jon,
Jerantut,Pahang Darul Makmur.
8.3) Tarikh               : –
8.4) Tempat              : Bilik Ibnu Khaldun

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar tahap dua terhadap penguasaan pembacaan Al-Quran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jan, Jerantut, Pahang. Terdapat tiga objektif kajian iaitu mengkaji tahap penguasaan pembacaan Al-Quran pelajar tahap dua dan mengenal pasti persepsi kepentingan serta faktor yang mempengaruhi penguasaan pembacaan Al-Quran pelajar tahap dua. Seramai 35 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahap dua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jan, Jerantut, Pahang telah dipilih sebagai responden kajian. Kaedah soal selidik digunakan untuk memperolehi data yang dikehendaki dalam kajian ini dan dianalisis menggunakan Perisisan Statistical Packages For The Social Science (SPSS) For Windows (Version 11.0) yang bebrbentuk peratusan dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan pembacaan Al-Quran pelajar tahap dua berada pada tahap yang baik dan majoriti responden boleh menguasai pembacaan Al-Quran. Dari segi persepsi pelajar tahap dua terhadap penguasaan pembacaan Al-Quran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jan, Jerantut, Pahang mencapai nilai min 3.81 dan berada pada tahap yang tinggi.

9) Nama pelajar: HAMIR HAMZAH BIN HJ. JAAFAR
9.1) Nama penyelia : DR. AKMALIZA BINTI ABDULLAH
9.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Terhadap Khutbah Jumaat Sebagai Agen
Pendidikan Berterusan : Satu Kajian Di Masjid Sultan Ismail
UTM Skudai, Johor.
9.3) Tarikh               : 2 APRIL 2007
9.4) Tempat              : –

10) Nama pelajar: NOOR HAFFIZAH BT ABDUL HALIM
10.1) Nama penyelia : P.M AJMAIN BIN SAFAR
10.2) Tajuk PSM       : Hubungan Antara Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Akademik Dengan Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan
Akhlak Pelajar
10.3) Tarikh               : 2 APRIL 2007
10.4) Tempat              : –
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan faktor yang mempengaruhi perbentukan akhlak pelajar mengikut hiraki. Disamping itu juga kajian ini melihat hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik dengan perbentukan akhlak pelajar. Seramai 200 orang pelajar tahun 3 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dipilih untuk mewakili sampel kajian. Nilai kebolehkepercayaan soal selidik ialah α= 0.8934. set soal selidik yang mengandungi 55 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min mengunakan perisian Statistical package of  Sosial Science (SPSS) For Window version 11.5. Ia juga dianalisis secara statistik inferensi Korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara kedua-dua faktor tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang singnifikan antara faktor-faktir yang mempengaruhi pencapaian akademik dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan akhlak pelajar.

11) Nama pelajar: ROHANA BINTI ABDULLAH
11.1) Nama penyelia : PM. USTAZ AJMAIN BIN SAFAR
11.2) Tajuk PSM       : Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Agama:
Kajian Di Tiga Buah Sekolah Rendah Agama Jais Di Daerah
Tanjung Karang Selangor.
11.3) Tarikh               : 7 MEI 2008
11.4) Tempat              : Bilik Kuliah Hasbullah
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru agama di tiga buah Sekolah Rendah Agama JAIS. Kajian ini melibatkan 50 orang respoden yang terdiri daripada guru-guru agama JAIS. Kajian ini ingin melihat tahp penggunaan komputer dalam kalangan guru, sikap terhadap penggunaan komputer serta faktor-faktor untuk mempertingkatkan tahap penggunan komputer. Instrument kajian adalah satu set soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian yang terdiri daripada 39 item soalan. Bahagian A meggunakan skala bebas-jawab manakala Bahagian B, C dan D menggunakan Skala Likert. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science ) Versi 11.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α=0.8292. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan komputer dikalangan guru-guru adlah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.97. Sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer pula adalah pada tahap yang tinggi dan memuaskan dengan nilai min 4.16 manakala faktor mempertingkatkan penggunak\an komputer adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.08. Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam kalangan khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Beberapa cadangan kajian lanjutan juga dikemukakan di akhir perbincangan.

12) Nama pelajar: NURUL NADIA BINTI ABDUL WAHAB
12.1) Nama penyelia : PROF. MADYA DR.HUSIN BIN SALAMON
12.2) Tajuk PSM       : Penglibatan Pelajar Sebagai Ejen Multi Level Marketing:
Kajian Terhadap Pelajar SPI

12.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
12.4) Masa                 : 9.10 – 9.40 pagi
12.5) Tempat              : Bilik Kuliah Hasbullah

13) Nama pelajar: NORLIZA BT ABDUL MANAF
13.1) Nama penyelia : USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM
13.2) Tajuk PSM       : Kaedah Pengajaran Guru-Guru Pusat Asuhan Tunas Islam
(PASTI) Kawasan Bachok Kelantan

13.3) Tarikh               : 14 APRIL 2008
13.4) Masa                 : 11.10 – 11.40 pagi
13.5) Tempat              : Bilik Kuliah Khadijah

14) Nama pelajar: ABIDAH RAUDZAH BINTI OTHMAN
14.1) Nama penyelia : DR. SULAIMAN BIN KADIKON
14.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap
Program Kitar Semula Menurut Perspektif Islam

14.3) Tarikh               : 4 APRIL 2008
14.4) Masa                 : 8.30 – 9.00 pagi
14.5) Tempat              : Bilik Mesyuarat Hamka
Abstrak:Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam.Fokus kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap program kitar semula,tanggungjawab melaksanakan kitar semula dan kitar semula menurut perspektif Islam.Sampel kajian ini melibatkan 123 orang responden yang teridri daripada perlajar-pelajar ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pendidikan Islam) di Universiti Teknologi Malaysia.Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik yang mengandungi empat item berkaitan latar belakang responden dan 36 item soalan berkaitan persoalan kajian.Data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan,peratus dan min bagi setiap data.Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α =0.954. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap program kitar semula.Ini menunjukkan responden sedar tentang kepentingan kitar semula untuk kebaikan masyarakat seluruhnya.Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan,penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian.

15) Nama pelajar: KAMARUL ZAKIAH BT MUHAMAT
15.1) Nama penyelia : USTAZ MOHD ABAS BIN ABD. LATIF
15.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat Menurut
Syariat Islam : Satu Kajian Di Sekolah Agama Kopok Baru,
Pasir Gudang Johor.

15.3) Tarikh               : 7 MEI 2008
15.4) Masa                 : 2.10 – 2.40 Tgh Hari
15.5) Tempat              : Bilik Mesyuarat Hamka
Abstrak:Islam adalah cara hidup yang mliputi semua aspek kehidupan manusia di dunia ini.Oleh itu semua perjalanan kehidupan manusia itu,telah diatur oleh Allah agar dapat dilalui dengan sempurna dan menepati Syariat Allah yang menjamin kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.Sebagai pegangan,Al Quran dan Al Sunnah menjadi sumber utama panduan hidup manusia yang taaat terhadap perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.Namun sejauh mana seorang hamba itu mentaati salah satu kewajipan yang telah disyariaatkan iaitu kewajipan menutup aurat.Oleh itu,kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap kewajipan menutup aurat.Seramai 75 orang pelajar perempuan Sekolah Agama Kopok Baru Pasir Gudang Johor telah dipilih sebagai responden kajian.Objektif kajian adalah mengenal pasti pengetahuan pelajar,tahap kesedaran pelajar,dan bentuk perlaksanaan pelajar terhadap kewajipan menutup aurat.Kaedah soal selidik digunakan untuk memperolehi data yang dikehendaki dan analisis menggunakan perisian ”Statistical Package for the Social Science”(SPSS).Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar memberi jawapan yang positif dan memahami kewajipan menutup aurat dari sudut objektif yang dikaji.Diharap hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

16) Nama pelajar: KAMARUL ZAKIAH BT MUHAMAT
16.1) Nama penyelia : USTAZ MOHD ABAS BIN ABD. LATIF
16.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat Menurut
Syariat Islam : Satu Kajian Di Sekolah Agama Kopok Baru,
Pasir Gudang Johor.

16.3) Tarikh               : 7 MEI 2008
16.4) Masa                 : 2.10 – 2.40 Tgh Hari
16.5) Tempat              : Bilik Mesyuarat Hamka

17) Nama pelajar: NOR HAZILAH BINTI GHAZALI
17.1) Nama penyelia : USTAZ AHMAD KILANI BIN MOHAMED
17.2) Tajuk PSM       : Persepsi Pelajar Terhadap Amar Makruf Nahi Mungkar Dalam                                                                    Kehidupan. Kajian Terhadap Pelajar di Fakulti Pendidikan,UTM.

17.3) Tarikh               : 2 APRIL 2007
17.4) Masa                 :-
17.5) Tempat              : –
Abstrak: Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap amar makruf nahi mungkar serta cara-cara melaksanakannya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keperluan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan. Seramai 172 orang responden dari kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibangunkan mengandungi 43 item soalan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.9248. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science versi 11.5 (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan,peratusan dan min data. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar terhadap amar makruf nahi mungkar serta cara-cara melaksanakannya berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati persepsi pelajar terhadap keperluan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan berda pada tahap yang tinggi. Di akhir kajian, terdapat beberapa cabangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk di ambil perhatian. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

18) Nama pelajar: WAN AHMAD TARMIZI BIN ABDUL AZIZ
18.1) Nama penyelia : USTAZ SAYED MUHASSIN BIN SAYED AHMAD
18.2) Tajuk PSM       : Fakto-faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru-guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Gugusan Manjol, Ipoh.

18.3) Tarikh               : 21 APRIL 2007
18.4) Masa                 :    –
18.5) Tempat              :    –

Abstrak:

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru-guru SRAR dalam Gugusan Manjol, Ipoh yang merangkumi sepuluh buah sekolah. Faktor-faktor yang dikaji ialah menyukai kanak-kanak, menyukai mengajar matapelajaran Pengajian Islam, Idealisme dalam bekerja dan berkhidmat kerana elaun. Dari keempat-empat faktor tersebut dipilih satu faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kerja guru-guru SRAR tersebut. Seramai 29 orang guru-guru SRAR telah dipilih menjadi respondan dalam kajian ini. Instrumen kajian adalah menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 20 item soalan telah diedarkan kepada respondan dan telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakn perisian Statistical Pakej for Social Science version 12.0 for Windows. Berdasarkan perisian tersebut nilai kebolehpercayaan soal selidik dalam kajian rintis ialah 0.739. Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor menyukai mengajar mata pelajaran Pengajian Islam adalah faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru SRAR di Gugusan Manjol, Ipoh dengan nilai min sebanyak 3.74. Sementara tahap kepuasan bekerja berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 2.95. Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang relevan supaya dapat mengangkat martabat guru dan memperkasakannya.

19) Nama pelajar: ROZILAWATI BINTI ADON
19.1) Nama penyelia : DR. AZHAR BIN MUHAMMAD
19.2) Tajuk PSM       : Persepsi Guru j-QAF Terhadap Pelaksanann Elemen Fardhu Ain. Satu Kajian Di Daerah Sabak Bernam, Selangor.

19.3) Tarikh               : MEI 2007
19.4) Masa                 :    –
19.5) Tempat              :    –

Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru j-QAF di daerah Sabak Bernam terhadap beberapa aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan elemen fardhu ’ain melalui program j-QAF iaitu pengisian elemen fardhu ’ain dalam pengajaran dan pembelajaran, kaedah yang digunakn dalam pengajaran elemen fardhu ’ain dan keberkesanan pelaksaaan elemen fardhu ’ain dikalangan murid. Sampel kajian ini melibatkan sebanyak 73 orang respondan. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjaun deskriptif yang menggunakan soal selidik mengikut skala likert. Dapatan kajian melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Pakej for Social Sciences (SPSS) 11.5 untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Dapatan kajian dijelaskan secara statistik kekerapan, peratusan dan min mengikut jumlah respondan. Hasil kajian mendapati purata min keseluruhan adalah 4.47. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru j-QAF daerah Sabak Bernam brsikap positif terhadap pegisian, kaedah dan keberkesanan pelaksanaan elemen fardhu ’ain di kalangan murid. Beberapa cadangan dikemukakan untuk memeperluaskan lagi keberkesanan pelaksanaan elemen fardhu ’ain ini tidak hanya pada pelajar sahaja malahan juga untuk guru-guru.

19) Nama pelajar: SITI MAISARAH BINTI BAHRUM
19.1) Nama penyelia : DR. AZHAR BIN MUHAMAD
19.2) Tajuk PSM       : Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (Utm) Bagi Memenuhi Keperluan Modal  Insan

19.3) Tarikh               : 7 APRIL 2008
19.4) Masa                 :    –
19.5) Tempat              :    –

ABSTRAK

Pendidikan adalah sebagai satu wadah dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti sebagaiman yang diharapkan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan melihat persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan yang meliputi keterampilan, keperibadiaan, keupayaan, minat untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 86 orang pelajar kursus Pendidikan Islam yang telah menjalani program latihan praktik telah dinilai melalui satu set soal selidik dan dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Pacage for Social Science version 12.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.884. Secara keseluruhannya hasil analisis menunjukkan bahawa respondan mempunyai persediaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan dengan tahap min sebanyak 4.28. Di samping itu keupayaan dan minat mereka menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap nilai min 4.3, manakala keterampilan, keperibadiaan serta keupayaan dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran juga berada pada tahap nilai min masing-masing mencatatkan 4.24. Namun terdapat beberapa item yang perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi memperlengkapkan lagi persediaan tersebut khususnya apabila mereka berkhidmat ke sekolah-sekolah nanti. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s